AGENDANASIONAL

Covid-19 diramal beri kesan ‘hebat’ kepada ekonomi 

SHAH ALAM, 5 APRIL: Implikasi Covid-19 dijangka memberikan kesan ‘hebat’ kepada ekonomi negara berbanding krisis 1998-1999 walaupun beberapa pakar meramalkan dunia akan mengalami kemelesetan lebih teruk daripada  2008-2009, kata menteri di jabatan perdana menteri (ekonomi).

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keadaan di seluruh dunia kini sukar walaupun Bank Negara Malaysia  mengumumkan anggaran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini antara -2 sehingga 0.5 peratus, lapor Sinar Harian.

“Namun saya yakin dengan kepakaran yang dimiliki tokoh dalam kerajaan dan swasta serta ahli akademik di Malaysia, kita mampu menangani cabaran ini.

“Kita tidak dapat jangkakan dengan tepat tetapi harapan kita keadaan ini beransur pulih pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata pertumbuhan negara ketika krisis pada 1997 adalah -7.4 peratus manakala -1.5 peratus pada 2009 dan dijangka lebih rendah tahun ini berbanding sasaran awal sebanyak 4.3 hingga 4.8 peratus.

Mustapa berkata, dalam jangka masa sederhana dan panjang asas ekonomi negara masih kukuh dengan sumber pertumbuhan pelbagai dan kerajaan akan mempertingkat usaha memperkukuh daya tahan ekonomi.


Pengarang :