Petugas kesihatan menunjukkan sampel yang diambil ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara pandu lalu hasil inisiatif Kerajaan Negeri bersama Klinik Selcare dan dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah dilakukan di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Hanya 31 kes baharu, paling rendah sejak PKP

SHAH ALAM, 28 APRIL: Hanya 31 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 5,851 kes Covid-19 dengan kebolehjangkitan wabak 1,719 kes.

“Sehingga kini, sebanyak 36 kes Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata seramai 75 pesakit lagi berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kes pulih 4,032 (68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kematian membabitkan warga emas berusia 67 tahun yang memiliki latar belakang penyakit kronik.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 100 kes kematian akibat Covid-19.


Pengarang :