Pembantu perubatan memeriksa suhu badan pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Hulu Langat, Klang catat kes baharu tertinggi

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hulu Langat dan Klang masing-masing merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 sehingga 7 malam tadi, kata Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data BGNS, Petaling merekodkan tujuh kes baharu diikuti Gombak (tiga), Sepang dan Kuala Langat (masing-masing dua) serta Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam (masing-masing satu).

Bagi jumlah keseluruhan kes pula Hulu Langat merekodkan 382 kes, Petaling (338), Klang (163), Gombak (124), Sepang (56), Hulu Selangor (43), Kuala Selangor (29), Kuala Langat (26) dan Sabak Bernam (19),” katanya.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menuntut warga negeri ini patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Menerusi Twitter STFC, sebanyak enam daripada sembilan daerah di negeri ini masih dikategorikan zon merah.

Enam kawasan dikategorikan zon merah adalah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak, Sepang dan Hulu Selangor.


Pengarang :