Anggota polis, tentera dan Rela menutup jalan utama ke kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 30 Mac 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Jumlah kes baharu turun, MB rayu rakyat terus duduk rumah

SHAH ALAM, 3 APRIL: Selangor mencatatkan 63 kes baharu positif Covid-19 hari ini yang menunjukkan penurunan 11 kes berbanding 74 direkodkan semalam.

Sehubungan itu, Dato Menteri Besar mengajak rakyat supaya terus menggempur penularan Covid-19 dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendoakan kesejahteraan barisan hadapan.

“Ayuh rakyat Negeri Selangor kita patuhi PKP, duduk di rumah dan berdoa agar ‘frontliners’ (barisan hadapan) kita diberi perlindungan dan kekuatan. Kita gempur Covid-19! #SelangorGempurCovid19,” tulis Dato’Seri Amirudin Shari di twitternya di sini, malam ini.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata rakyat boleh membantu meneruskan corak penurunan kes baharu dengan mematuhi PKP yang bermula sejak 18 Mac sehingga 14 April depan.

“Kes baharu 63, jumlah terkumpul 863, corak kes baharu berbanding semalam menurun dan jumlah kematian kekal tujuh. Patuh PKP kita rendahkan lagi kes baharu,” katanya.

Malaysia mencatatkan 3,333 kes keseluruhan manakala 827 pulih sepenuhnya dan 53 kematian hari ini. Seramai 108 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :