Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melakukan operasi nyahkuman di sekitar kawasan sekatan jalan raya pada 5 April 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Lui Batu 21, Hulu Langat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jumlah kes harian di Selangor naik 53

SHAH ALAM, 5 APRIL: Selangor mencatatkan 53 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, meningkat berbanding semalam yang merekodkan 27 kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan, menjadikan mangsa yang meninggal dunia kekal tujuh orang.

“Pastikan kita semua sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk kalahkan Covid-19,” tulis Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor di Twitter petang tadi.

Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan 943 kes setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 61 orang dengan 179 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,662 kes.

Seramai 99 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), sementara 1,005 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.


Pengarang :