Pasukan pengurusan jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menguruskan mangsa Covid-19 yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 21 Mac 2020. Foto Twitter Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kadar kematian di Malaysia 1.58 peratus, negara lain 5.6 peratus

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kadar kematian akibat Covid-19 di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain iaitu sekitar 1.58 peratus, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peratus kes kematian di negara lain dalam lingkungan 4.6 peratus atau 5.6 peratus.

“Ini menunjukkan perkhidmatan perubatan diberikan kepada pesakit di wad atau unit rawatan rapi (ICU) di negara ini pada tahap terbaik dan memuaskan.

“Pakar bius kita dapat merawat pesakit dengan sebaik mungkin dan mereka memberi rawatan mantap serta berkesan kepada pesakit yang masuk ke wad,” kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Katanya, 88 peratus daripada pesakit positif Covid-19 biasanya mempunyai gejala ringan atau langsung tiada gejala.

“Bagi individu yang disyaki, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengasingkan mereka untuk tempoh 10 hingga 14 hari.

“Dalam tempoh itu, kita akan buat ujian saringan berulang kali. Individu itu mesti negatif untuk tempoh lebih 24 jam sebelum didiscaj dari hospital,” katanya.

Setakat 12 tengah hari tadi, Malaysia merekodkan sebanyak 4,228 kes positif wabak berkenaan dengan 67 kematian.


Pengarang :