Petugas pelbagai agensi melakukan pembersihan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Ramal Dalam, Kajang pada 30 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: KKM bangunkan SOP pembersihan awam

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pembersihan awam untuk petugas membasmi Covid-19, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata banyak aduan mengenai proses itu yang didakwa tidak menepati panduan.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melakukan proses pembersihan awam di 252 lokasi sejak 27 Mac lalu daripada 348 kawasan awam dikenal pasti.

“Proses ini diteruskan bukan sahaja di tempat awam tetapi dari rumah ke rumah,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata mulai esok semua individu memasuki Malaysia diwajibkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan bagi mengesan sama ada mereka positif atau mempunyai gejala Covid-19.

“Bukan sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) tetapi semua pintu masuk laut dan darat di Johor, sebelah utara dan Sabah serta Sarawak,” katanya.


Pengarang :