Kereta peronda memeriksa lalu lintas sekitar Colosseum, Rom pada 14 Mac 2020. Itali merupakan negara terjejas teruk selain China susulan Covid-19. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19 korban lebih 40,000 nyawa di seluruh dunia

SHAH ALAM, 1 APRIL: Sebanyak 41,072 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia setakat ini, yang mencetus kebimbangan global.

Berdasarkan statistik pihak berkuasa negara dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih
828,240 kes baharu didaftarkan di 186 negara dan wilayah seluruh dunia, lapor AFP.

Daripada keseluruhan kes dicatatkan, sekurang-kurangnya 164,900 pesakit sembuh selepas menjalani rawatan dan kuarantin.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 4,396 kes kematian direkodkan, dengan angka tertinggi dicatatkan di Sepanyol sebanyak 849 orang, manakala Itali (837) dan Amerika Syarikat (612).

Itali kini merekodkan 12,428 kes kematian diikuti Sepanyol (8,189), Perancis (3,523), Amerika Syarikat (3,382), Perancis (3,523) dan China (3,305).

Sementara itu, Trinidad dan Tobago, Myanmar, Tanzania, Mauritania, Ivory Coast dan Belarus merekodkan kematian pertama Covid-19 pada Isnin lalu manakala Burundi, Sudan Selatan dan Sierra Leone melaporkan kes pertama.


Pengarang :