Deretan bas yang di parkir ketika tinjauan di Terminal Sentral Kuantan susulan Perintah Kawalan Pergerakan pada 9 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kuantan daerah terbaharu diisytihar zon merah

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sebanyak 24 daerah di seluruh negara kini diisytiharkan zon merah akibat penularan Covid-19.

Terbaharu, Kuantan disenaraikan sebagai zon merah apabila merekodkan 43 kes, berbanding 40 sebelum ini.

Sebanyak 23 zon lain diisytihar zon merah ialah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang di Selangor; Putrajaya, Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan, selain Hilir Perak dan Kinta di Perak.

Daerah lain ialah Kota Bharu, Jerantut, Jasin, Rembau, Seremban, Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang, selain dua di Sarawak iaitu Kuching dan Samarahan serta Tawau di Sabah.

Kawasan zon merah itu berdasarkan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Sesebuah kawasan dikategorikan sebagai zon merah apabila ia merekodkan 41 kes jangkitan Covid-19.

Berdasarkan data tersebut, jumlah kes positif Covid-19 di Selangor meningkat 58 kes kepada 1,078 dengan Hulu Langat kekal menjadi daerah tertinggi jangkitan iaitu 361 kes.

 

 


Pengarang :