Selangorkini
Haniza Mohamed Talha
EXCO SELANGOR

Covid-19: Lebih 1,000 keluarga di Lembah Jaya terima bantuan

SHAH ALAM, 8 APR: Sebanyak 1,417 keluarga sudah menerima bantuan asas makanan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang terkesan dengan wabak Covid-19, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata sumbangan itu disalurkan sejak 21 Mac lalu untuk golongan kurang berkemampuan serta yang memerlukan.

“Nilai sumbangan diterima setiap keluarga RM50. Jumlah nilai keseluruhan disumbangkan DUN Lembah Jaya RM70,850,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan berkenaan.

“Semoga semua pihak dapat bersabar dengan ujian ini. DUN Lembah Jaya akan cuba untuk buat yang terbaik bagi menjaga kebajikan penduduk,” katanya.

Haniza berkata agihan tersebut dibuat dengan kerjasama ketua-ketua kampung, ahli majlis, komuniti India, wakil penduduk termasuk para sukarelawan.

Selain itu, beliau turut diberi amanah Kerajaan Selangor untuk menyalurkan bantuan di DUN Bukit Antarabangsa.

Sebanyak 645 keluarga di kawasan tersebut menerima sumbangan, dengan jumlah keseluruhan RM32,250.


Pengarang :