Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SUMBER KKM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Lima kematian, 202 pesakit pulih

SHAH ALAM, 14 APRIL: Sebanyak lima kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan hari menjadikan jumlah keseluruhan kini 82, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 202 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 2,478 kes iaitu 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

“Hari ini bilangan kes yang dibenarkan keluar hospital adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata terdapat 170 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 4,987 kes.

“Sehingga kini, sebanyak 60 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :