Sumbangan disampaikan kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang. Foto Yayasan Islam Darul Ehsan
AGENSISELANGOR

Covid-19: Mais agih lebih RM70,000 bantu golongan terkesan

SHAH ALAM, 9 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan berjumlah RM73,350 melalui Tabung Prihatin Covid-19 bagi membantu golongan terjejas.

Penolong pengurus Yayasan Islam Darul Ehsan berkata bantuan merangkumi penutup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman serta makanan asas kepada hospital dan rumah anak yatim.

“Mais sentiasa komited menyediakan apa jua bantuan kepada golongan memerlukan dan tidak lupa petugas barisan hadapan negara yang berjuang membendung penularan pandemik Covid-19,” kata Muhammad Hafiz Bahari dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mais menyumbang 1,000 topeng muka dan cecair pembasmi kuman serta makanan asas kepada petugas perubatan di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang yang diwakili Doktor Shani Mullai.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salur sumbangan ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Sumbangan juga boleh dibuat melalui pindahan wang ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Mais dan nyatakan Tabung Sumbangan Covid-19.


Pengarang :