Anggota polis melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan wabak di Lebuhraya Cheras – Kajang, Kajang pada 15 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Mukim Kajang tertinggi kes di Selangor, catat 148

SHAH ALAM, 15 APRIL: Mukim Kajang yang terletak di bawah daerah Hulu Langat terus merekodkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di Selangor iaitu sebanyak 148 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut infografik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKSN) terdapat pertambahan dua kes baharu dicatat dari mukim berkenaan berbanding 146 kes semalam.

Ia diikuti Hulu Langat dengan 144 kes, Damansara (128), Klang (121), Petaling (114), Bukit Raja (105), Ampang (68), Cheras (54), Hulu Kelang dan Kapar 50, Dengkil (49) dan Batu (44).

Sementara itu, dua mukim ditakrifkan zon jingga iaitu Serendah (27), Rawang (26)

Sebanyak 25 mukim dikategorikan dalam zon kuning antaranya Batang Kali dan Labu dengan 17 kes, Beranang (15), Kuang (12), 11 kes di Semenyih dan Tanjung 12 (1), Jeram serta Setapak (10), Ijok (sembilan), Bagan Nahkoda Omar (lapan) dan masing-masing tujuh kes di Pancang Bedena, Tanjung 12 (2) termasuk Teluk Panglima Garang

Enam kes di Sabak Bernam, Batang Berjuntai (lima) manakala Kuala Selangor dan Hulu Bernam (tiga), Sepang (dua) serta satu kes masing-masing di Pasir Panjang, Sungai Panjang, Ampang Pecah dan Kalumpang

Zon hijau yang tiada kes adalah mukim Hulu Yam, Pasangan, Api-Api, Hulu Tinggi, Hujung Permatang, Bandar, Batu (daerah Kuala Langat), Jugra, Kelang, Morib, Buluh Telur, Kerling, Kuala Kalumpang, Pertak, Rasa, Sungai Gumut, Sungai Tinggi dan Hulu Semenyih.

 


Pengarang :