Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Pesakit sembuh catat 95 individu, melebihi kes positif baharu

SHAH ALAM, 19 APRIL: Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad hari ini adalah 95 orang, sekali lagi melebihi jumlah kes baharu positif Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 84 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,389 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan keluar dari wad adalah 3,197 iaitu sebanyak 59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.

Beliau berkata satu lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kini 89.

“Sebanyak 46 kes positif dirawat di ICU, 26 daripadanya perlu bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :