Petugas bahagian kesihatan MPK sedang menjalankan proses nyahkuman di lokasi menjadi tumpuan awam di sekitar Klang sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 pada 30 Mac 2020. Foto Ihsan MPK
AGENDANASIONAL

Covid-19: Petaling, Klang catat kenaikan kes tertinggi

SHAH ALAM, 10 APRIL: Petaling dan Klang mencatatkan kenaikan kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor antara semalam sehingga jam 8.30 malam ini.

Menerusi data harian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Petaling merekodkan 12 kes manakala Klang lapan kes.

Hulu Langat dan Sabak Bernam pula mencatatkan tiga kes baharu diikuti dua di Gombak manakala Hulu Selangor dan Kuala Selangor masing-masing satu kes.

Petaling yang mencatat 331 kes terkumpul dan Klang (154) antara disenarai sebagai enam zon merah selain Hulu Langat (373), Gombak (121), Sepang (54) dan Hulu Selangor (42).

Kuala Selangor merekodkan 28 kes dan Kuala Langat (24) pula tergolong dalam zon jingga dan Sabak Bernam sebagai zon kuning dengan 18 kes.

Sehingga kini, lapan kes kematian dicatatkan, empat di Petaling, Klang (2) manakala Gombak dan Hulu Langat masing-masing satu kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini turut memaklumkan sebanyak 4,346 kes positif Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, dan 70 kematian dicatatkan.

 


Pengarang :