Kakitangan perubatan membuat ujian saringan Covid-19 kepada pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 22 kes baharu

SHAH ALAM, 1 APRIL: Selangor catat 22 kes baharu Covid-19 daripada 142 kes seluruh negara sehingga 12 tengah hari tadi berbanding 32 kes semalam.

Bagaimanapun penurunan itu menyaksikan Selangor masih merekodkan bilangan kes kumulatif tertinggi di Malaysia dengan 726 kes daripada jumlah keseluruhan 2,908 kes.

Berdasarkan bilangan kes mengikut negeri, Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan 32 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 25 kes.

Perlis yang mempunyai 12 kes keseluruhan tidak merekodkan sebarang kes hari ini bersama Putrajaya dan Labuan.

Setakat ini Malaysia merekodkan 45 kes kematian dengan dua kes terbaru di Hospital Kuala Lumpur membabitkan wanita berusia 80 tahun dan lelaki berusia 62 tahun.

Seramai 102 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :