Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas seorang penghuni Malayan Mansion berikutan kes Covid-19 di bangunan berkenaan pada 8 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Selangor tertinggi, tambah 50 kes baharu

SHAH ALAM, 8 APRIL: Selangor merekodkan bilangan kes kumulatif tertinggi berjumlah 1,078 kes susulan tambahan 58 kes hari ini berbanding 50 kes semalam.

Daripada jumlah keseluruhan 156 kes baharu hari ini, Johor dan Sarawak merekodkan jumlah kedua tertinggi dengan 18 kes diikuti Melaka (13), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (14) dan Sabah (7).

Berdasarkan kedudukan semasa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 685 kes diikuti Johor (496), Sarawak (306) dan Sabah (248).

Tiga negeri yang tidak merekodkan bertambahan bilangan kes baharu adalah Perlis, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 65 kematian dengan tambahan dua kes menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,119 kes.


Pengarang :