Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Seramai 222 pesakit pulih, tiga lagi kematian

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 222 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad manakala tiga lagi kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sementara itu  terdapat 118 kes baharu direkodkan positif Covid-19 menjadikan kes keseluruhan positif meningkat kepada 4,346 kes.

“Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, tiga lagi kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 5 petang ini, kata Noor Hisham.

“Sehingga kini, seramai 69 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :