Pasukan Petugas Kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Zon merah kekal 30 daerah

SHAH ALAM, 21 APRIL: Zon merah akibat wabak Covid-19 kekal 30 daerah di seluruh negara setakat jam 12 tengah hari semalam.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah itu, 13 daerah masih mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 41 berbanding 17 kawasan lain.

Kawasan 13 zon merah itu membabitkan masing-masing tiga daerah di Selangor dan Kuala Lumpur; Johor dan Sarawak masing-masing dua; manakala Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka masing-masing satu daerah.

Menurut angka CPRC, jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara ketika ini 5,425 dengan jumlah kes aktif adalah 2,041.

Lembah Pantai merekodkan kes aktif tertinggi iaitu 343, tiada perubahan seperti kelmarin manakala Kuching kedua tertinggi dengan 221 kes aktif.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) manakala zon hijau tiada kes.


Pengarang :