AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Dapur Ramadan Asnaf Selangor bantu fakir, miskin ketika puasa

SHAH ALAM, 27 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan Dapur Ramadan Asnaf Selangor (DRAS) bagi membantu golongan asnaf, fakir dan miskin negeri ini menunaikan ibadah puasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

LZS dalam kenyataan memaklumkan DRAS adalah antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat agensi terbabit untuk memastikan golongan tidak bernasib baik tidak diabaikan terutama sepanjang Ramadan.

“Program ini akan berlangsung sehingga akhir Ramadan melibatkan 50 rumah asnaf, fakir dan miskin terpilih di Kuala Langat, Gombak, Petaling dan Sepang,” kata kenyataan hari in.

Stok bantuan akan disediakan di setiap pejabat operasi daerah LZS supaya bekalan makanan dapat diagihkan tanpa mengira waktu.

Golongan tersebut akan dibekalkan dengan makanan asas yang mencukupi supaya mereka dapat bersahur dan berbuka puasa dengan baik.

Pelaksanaan DRAS juga antara matlamat agensi untuk mencapai tiga objektif iaitu memastikan keadilan, kebajikan dan kesejahteraan golongan sasar sentiasa terbela.


Pengarang :