Anggota Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan semburan disinfeksi di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam pada 29 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Doktor tidak larang orang ramai ke Pasar Seksyen 6

SHAH ALAM, 13 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan doktor Hospital Shah Alam melarang orang ramai berkunjung ke Pasar Seksyen 6 di sini ekoran dakwaan ada tiga kes Covid-19 di situ.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam kenyataan memaklumkan, berita yang tular di media sosial adalah palsu dan doktor tidak pernah melarang kunjungan ke pasar itu.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pula menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat mengenai tatacara operasi piawai (SOP) kesihatan yang kononnya bertujuan membenarkan operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, KKMM komited untuk memperkasa usaha bagi mengekang penularan berita palsu berkaitan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang menyebarkan berita palsu terutamanya melalui media sosial.


Pengarang :