ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail menyerahkan 500 PPE kepada petugas barisan hadapan pada 20 April 2020. – Foto Facebook Rodziah Ismail
ADNSELANGOR

DUN Batu Tiga sumbang 500 pakaian perlindungan diri

SHAH ALAM, 20 APRIL: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan pengurusan Projek Perumahan Awam (PPA) Anggerik 26, hari ini menyerahkan 500 pakaian perlindungan diri PPE kepada petugas barisan hadapan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berharap sumbangan tersebut dapat memudahkan urusan petugas barisan hadapan serta dijauhkan daripada jangkitan Covid-19.

Katanya, beliau berkesempatan meninjau proses menjahit dan membantu memotong kain untuk merasakan sendiri pengalaman menyediakan PPE.

“Nampak mudah, tetapi banyak peringkat atau proses bagi menyiapkan sehelai baju. Dimaklumkan proses menyiapkan 500 PPE ini mangambil masa tiga hari dan kain ini pula agak mahal,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, Rodziah berkata beliau berbesar hati sekiranya ada orang ramai ingin memberi sumbangan untuk menghasilkan PPE.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun Maybank Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga (562106224789) dan menyatakan sumbangan khas tersebut adalah untuk PPE.


Pengarang :