EXCO Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Seri Serdang sedia bantuan khas makanan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menawarkan bantuan khas makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ahli Dewan Negerinya.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata inisiatif di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dengan sumbangan barangan asas kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mempunyai ramai tanggungan termasuk kumpulan tidak berpendapatan bulanan tetap terutama peniaga kecil tanpa lesen dan bekerja sendiri terputus bekalan makanan.

“Pemohon yang tidak mendapat bantuan lain seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) boleh memohon,” katanya menerusi di Facebook.

Siti Mariah yang juga EXCO Kerajaan Negeri berkata bantuan berkenaan turut memfokuskan warga emas berusia 60 tahun ke atas termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkeupayaan membeli barang keperluan sendiri dan tidak tinggal bersama anak, waris atau penjaga.

“Ia turut dibuka kepada ibu tunggal atau wanita mengandung yang tidak berkeupayaan membeli barang keperluan sendiri dan tidak tinggal bersama pasangan, waris serta ahli keluarga lain,” katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bit.ly/2wLKToa atau hubungi 010-2517508 (Zuri), 012-2611499 (Sazana), 018-2528317 (Moli) dan 012-9206545 (Leezam) untuk pertanyaan.


Pengarang :