EXCO Kesihatan, Dr Mariah Mahmud menyerahkan 5,000 topeng muka kepada klinik kesihatan daerah dan hospital di Selangor pada 4 April 2020.
EXCOSELANGOR

EXCO agih 5,000 topeng muka kepada klinik, hospital

SHAH ALAM, 4 APRIL: Sebanyak 5,000 topeng muka diagihkan kepada 21 klinik kesihatan daerah dan hospital di negeri ini bagi memastikan kakitangan barisan hadapan mempunyai perlindungan ketika berdepan wabak Covid-19, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata sumbangan dibuat melalui Jabatan Kesihatan Selangor yang kemudian menyerahkan bantuan tersebut kepada semua klinik kesihatan dan hospital.

“Ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban demi membasmi wabak ini. Semoga anda semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik,” katanya kepada SelangorKini.

Topeng muka diserahkan kepada Hospital Selayang sebanyak 300 keping diikuti Hospital Orang Asli Gombak (100); Hospital Ampang (250); Hospital Banting (200); Hospital Sungai Buloh (100) dan Hospital Shah Alam (300).

Manakala, Hospital Tunku Ampuan Rahimah menerima 600 topeng muka, Hospital Kajang (200), Hospital Serdang (200), Hospital Tanjung Karang, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Tunku Ampuan Jemaah masing-masing 100 keping.

Pusat Kesihatan Daerah (PKD) turut menerima sumbangan tersebut antaranya Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat sebanyak 300 manakala Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam menerima 250 keping.


Pengarang :