EXCOSELANGOR

EXCO rayu rakyat Selangor terus duduk di rumah

SHAH ALAM, 7 APR: Rakyat Selangor terus dirayu duduk di rumah kerana hanya dengan cara ini rantaian wabak Covid-19 tidak berkembang, kata EXCO kerajaan prihatin.

V Ganabatirau berkata arahan tersebut mudah dan seseorang itu juga dapat menghindari wabak bahaya serta tidak menyebarkan kepada orang lain.

“Satu-satunya cara putuskan rantaian wabak ialah kita mengasingkan diri, berada di rumah, tidak lari ke mana-mana, kita dapat menyelamatkan keluarga dan negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Setakat semalam, Selangor mencatat pertambahan 54 lagi kes baharu positif Covid-19.

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 943 kes, tertinggi berbanding negeri lain.


Pengarang :