Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hanya 69 kes baharu, makin ramai sembuh Covid-19

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jumlah harian jangkitan Covid-19 merekodkan 69 kes baharu, angka paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rabu lalu, buat pertama kali negara merekod jumlah bawah 100 kes dengan angka 85 kes, membayangkan kesan baik pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Jumlah keseluruhan meningkat sedikit kepada 5,251 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya.

“Seramai 51 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau juga berkata 2,967 kes, atau 56.5 peratus daripada pesakit Covid-19, dibenarkan keluar hospital. Daripada jumlah itu, 201 orang pesakit dilaporkan sembuh hari ini.

“Angka dibenar keluar wad hari ini meningkat hampir tiga kali ganda berbanding jumlah pesakit baharu,” katanya lagi.

Dua orang lagi meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian 86 orang.


Pengarang :