Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Hargai petugas perubatan, MB minta rakyat beri kerjasama

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato’ Menteri Besar merakamkan penghargaan kepada petugas perubatan yang bekerja tanpa mengenal lelah bagi memerangi pandemik Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha mereka menunjukkan perkembangan positif apabila 1,231 pesakit sembuh di Selangor setakat 12 tengahari semalam.

“Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada para petugas perubatan yang berusaha bertungkus lumus. Hargai mereka dengan mematuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam, Selangor merekodkan 1,3,16 kes keseluruhan dengan pertambahan 17 kes baharu, 21 kes di Unit Rawatan Rapi dan kekal 11 kematian.

Manakala 12 mukim pula diklasifikasikan sebagai zon merah, dua jingga, 25 kuning dan 18 hijau.


Pengarang :