Contoh hidangan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Kuala Lumpur yang dihidangkan kepada individu baharu pulang dari luar negara yang dikuarantin selama 14 hari
AGENDANASIONAL

Hidangan di pusat kuarantin seimbang, cukup nutrien

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hidangan makanan disediakan di pusat kuarantin menempatkan individu baharu pulang dari luar negara adalah seimbang, pelbagai dan cukup nutrien, kata Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tulisannya di Facebooknya ia menyiarkan contoh hidangan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Kuala Lumpur antaranya set nasi putih dihidangkan bersama ikan cencaru goreng, kubis goreng dan limau, set nasi briyani, mi goreng telur dadar dan nasi lemak.

Contoh hidangan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Kuala Lumpur yang dihidangkan kepada
individu baharu pulang dari luar negara yang dikuarantin selama 14 hari

Bahagian Pemakanan KKM berkata menu dipantau Pegawai Sains Pemakanan itu adalah seimbang, pelbagai dan cukup nutrien serta memaparkan kandungan kalori sebagai panduan.

“Layanan sebegini belum tentu akan dapat di negara lain. Selama berada di pusat kuarantin, Kerajaan Malaysia akan menjaga makan minum lima kali sehari,” tulisnya di sini, hari ini.

Tulisan itu menjawab kritikan segelintir individu di pusat kuarantin mendakwa makanan dihidangkan kepada mereka tidak ‘sehebat’ mana.

Bermula 3 April lalu, warga Malaysia dan asing memasuki Malaysia wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin bagi mengesan penularan wabak Covid-19.


Pengarang :