EXCOSELANGOR

Hujan lebat: LPA Rantau Panjang dihenti tugas hampir tiga jam

SHAH ALAM, 27 APRIL: Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang dihenti tugas hampir tiga jam semalam berpunca daripada hujan lebat malam kelmarin, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata hujan lebat bermula jam 10.30 malam menyebabkan paras air sungai naik mencecah tujuh meter selain berarus kuat.

“Ini menyebabkan berlaku pertembungan antara air Sungai Selangor dengan aliran air kolam ikan yang berdekatan sungai.

“Bacaan kekeruhan air naik tinggi daripada kebiasaan hingga menimbulkan bau seperti lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, LPA Rantau Panjang dihenti tugas bermula jam 12.15 tengah malam hingga 4 pagi tadi kerana berlaku pencemaran bau.

Bagaimanapun, henti tugas LPA itu tidak menjejaskan akaun pengguna.


Pengarang :