Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan penutup hidung dan mulut serta penyembur antiseptik kepada Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor di Ibu Pejabat MPS, Batu Caves untuk digunakan ketika menjalankan operasi PKP pada 4 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ikut nasihat KKM, Selangor rombak program skala besar

SELAYANG, 4 APRIL: Selangor akan merombak semua program berskala besar tahun ini, selaras saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan himpunan ramai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata arahan tersebut perlu dipatuhi bagi melindungi nyawa dan keselamatan rakyat.

“Kita akan rombak balik (program) kerana hal berkaitan pandemik ini kayu asasnya atau tempat rujukan tepat bagi Kerajaan Negeri adalah KKM,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada anggota barisan hadapan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Gombak Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim, Yang Dipertua MPS Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang Amir Fazlee Khalid.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Katanya, hal itu berikutan norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.


Pengarang :