AGENDANASIONAL

Individu layak terima bantuan kerajaan digesa kemas kini akaun bank

SHAH ALAM, 13 APRIL: Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang layak dan mempunyai data percukaian tetapi belum menerima bantuan diminta mengemas kini maklumat akaun bank yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini https://ez.hasil.gov.my/ci.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memastikan bayaran BPN dapat disalurkan dengan mudah dan selamat.

Katanya, kemas kini maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada Mei ini.

“LHDN menasihatkan penerima BPN untuk menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemas kini maklumat bank masing-masing.

“Sebagai peringatan, LHDN tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN,” jelas kenyataan itu.

LHDN berkata bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian pula, bayaran BPN hanya akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam soalan lazim (FAQ) BPN menerusi capaian https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasion al(Kemaskini%2006042020).pdf.


Pengarang :