EXCOSELANGOR

Jadi jiran baik, bantu golongan susah

SHAH ALAM, 2 APRIL: Orang ramai disaran menyertai program sukarelawan Jiran Baik bagi membantu golongan tidak berkemampuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah Covid-19, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini mengundang kesukaran kepada kumpulan berkaitan maka mereka yang mampu menjadi tanggungjawab memainkan peranan sebagai jiran prihatin.

“Semoga dengan laporan anda dapat menghubungkan kami dengan mereka dan bantuan dapat disampaikan segera, mohon panjangkan dan sampaikan kepada semua,” tulisnya Facebook.

Dalam tulisan sama, beliau turut melampirkan keterangan program sukarelawan Jiran Baik, untuk membantu warga yang terputus bekalan makanan, seperti ibu tunggal dan warga emas.

Sesiapa berminat, boleh mendaftar di laman: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScte_LLAWOv3jiHCCe9ik9rzCFBs1UN4B_emFa5adW1MXWAEQ/viewform


Pengarang :