MBSA merobohkan sebuah struktur dibina tanpa kebenaran di Seksyen 24 Shah Alam hari ini. Foto Twitter MBSA
PBTSELANGOR

Jadi tempat kumpul, MBSA roboh struktur binaan tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 3 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan sebuah struktur yang dibina tanpa kebenaran di Seksyen 24 di sini, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata, binaan tersebut juga dikesan menjadi tempat berkumpul penduduk berdekatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua sedang dikuatkuasakan.

“MBSA hari ini menjalankan operasi meroboh struktur yang dibina tanpa kebenaran di Seksyen 24. Ia juga disyaki menjadi tempat berkumpul untuk tujuan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Sekarang ini kita di bawah PKP, jadi tidak ada siapa pun dibenarkan berkumpul. Bagaimanapun semua individu terlibat sudah ditahan polis malam tadi,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :