AGAMASELANGOR

Jais teliti kaedah kursus praperkahwinan selepas PKP

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang meneliti pelaksanaan kursus praperkahwinan (KPPI) selepas berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi soalan lazim dimuat naik di Facebooknya, Jais berkata ia mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mana semua pihak perlu menghindari perhimpunan awam dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Katanya, KPPI akan dianjurkan selepas tamat PKP namun kaedah pelaksanaannya dimuktamad berdasarkan cadangan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Jais, orang ramai yang ingin tahu berkaitan tarikh kursus yang tertunda boleh mendapatkan maklumat terkini daripada penganjur selepas tamat PKP.

Susulan KPPI ditangguhkan sepanjang PKP, buat masa ini juga tiada kursus secara dalam talian dianjurkan.

Jais juga akan meneliti sama ada permohonan kebenaran berkahwin boleh dikecualikan daripada menyertakan sijil KPPI, jika selepas PKP pihaknya masih belum dapat menganjurkan kursus tersebut dalam waktu terdekat.


Pengarang :