Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menghentikan operasi kelengkapan sebuah kilang makanan di Semenyih kerana menyebabkan pencemaran. – Foto Jabatan Alam Sekitar
AGENSISELANGOR

JAS henti operasi kilang makanan cemar alam

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor menghentikan operasi kelengkapan sebuah kilang makanan di Semenyih kerana didapati menyebabkan pencemaran.

Pengarah JAS Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata tindakan tegas bagi menghentikan pencemaran itu dibuat mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Katanya, permintaan tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kilang itu beroperasi melebihi kapasiti.

“Ini menyebabkan berlaku limpahan daripada Sistem Pengolahan Efluen (SPE) yang tidak dapat menampung lebihan efluen (sisa buangan) dikeluarkan.

“Pihak industri dan sektor yang dibenar menjalankan operasi sepanjang tempoh PKP diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan semua Peraturan-Peraturan di bawahnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Pengarang :