Ahmad Zahiri turun padang dan membantu JKM menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan di Selayang Baru. Foto Facebook Ahmad Zahiri.
PBTSELANGOR

Kebajikan penduduk dikenakan kawalan diperketat dijaga

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kebajikan penduduk Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 25 April lalu terus dijaga, kata Ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Ahmad Zahiri Zahid Sofian berkata, penduduk tempatan diberikan bantuan bakul makanan (food basket) manakala bagi bukan warganegara, mereka dibekalkan makanan siap dimasak yang dihantar tiga kali sehari.

“Agihan makanan dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada jam 12 tengah hari, 5 petang dan jam 3 pagi,” kata beliau ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahiri menggesa agar pemberian makanan diselaraskan dengan kesemua penduduk diberikan bakul makanan tanpa mengira warganegara.

“Saya bimbang sekiranya petugas lebih kerap mengagihkan makanan kepada warga asing iaitu tiga kali sehari, ia akan menyebabkan risiko kontak rapat wabak Covid-19.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada JKM, dan mereka masih menelitinya,” katanya.

Pada 25 April, Kerajaan memutuskan enam zon di Selayang Baru, Gombak diisytiharkan sebagai kawasan dikenakan PKPD hingga 3 Mei.


Pengarang :