AGENDANASIONAL

Kelantan negeri terbaharu zon hijau Covid-19

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kelantan kini zon hijau Covid-19 selepas tidak lagi mencatatkan sebarang kes aktif wabak itu, setakat jam 12 tengah hari semalam.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kelantan bagaimanapun belum boleh diisytiharkan bebas Covid-19.

Ini kerana zon hijau perlu kekal tanpa sebarang kes baharu dalam tempoh dua minggu sebelum diisytiharkan bebas wabak itu.

Sebelum ini sembilan daerah di Kelantan sudah dikategorikan zon hijau susulan tiada sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 14 hari, kecuali Tanah Merah yang merekodkan kes pada 16 April lalu.

Kelantan hanya negeri kedua berstatus hijau selepas Perlis.

Sementara itu infografik CPRC menunjukkan daerah zon merah kekal 12 di seluruh negara mengikut kes aktif positif Covid-19, manakala 61 daerah zon kuning serta 85 bagi zon hijau.

Mengikut statistik terbaharu CPRC jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sehingga semalam adalah 5,851 dengan jumlah kes aktif adalah 1,719.


Pengarang :