Selangorkini
Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan sumbangan makanan yang akan diedarkan oleh GPMS kepada pelajar di Lembah Klang pada 8 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Kerajaan Negeri sumbang RM14,000 bantu siswa di Lembah Klang

ccsb-ads

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan  Negeri memberi sumbangan RM14,000 kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor bagi membantu siswa di sekitar Lembah Klang yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu sebagai sokongan kepada pelajar  yang tinggal di rumah sewa sepanjang PKP.

“Kita akui pergerakan mahasiswa dan mahasiswi sangat terhad ketika ini dan mungkin mereka yang bekerja separuh masa tidak lagi boleh meneruskan kerja itu.

“Justeru, GPMS akan menyampaikan sumbangan bekalan makanan kering seperti beras, mi segera, sardin, minyak masak dan biskut kepada kira-kira 300 rumah yang didiami pelajar yang telah dikenal pasti,” katanya selepas melepaskan Konvoi Khidmat Bantuan Belia Siswa GPMS di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.

Terdahulu Amirudin menyerahkan replika cek kepada Timbalan Presiden GPMS, Syed Mohsen Syed Bakar Alkaff. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Kewangan PNSB Mohd Helmi Mohd Yusof.


Pengarang :