Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat Borhan Aman Shah mewakili ADN Selangor menyerahkan replika cek sumbangan Tabung Covid-19 Selangor kepada Dato’ Seri Amirudin Shari selepas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2.0 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMA

Kerajaan Negeri tubuh Tabung Covid-19 Selangor

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Covid-19 Selangor bagi membolehkan orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan.

Sumbangan boleh disalur menerusi akaun Maybank Islamic – 562106684326 dalam bentuk mata wang tempatan Ringgit Malaysia.

Kaedah sumbangan adalah menerusi perbankan internet, cek, sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (Rentas), mesin teler automatik (ATM) dan pindahan telegrafik (TT).

Penyumbang tabung layak menerima potongan cukai mengikut Subseksyen 44(6) ACP oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jenis resit diluluskan LHDN adalah resit rasmi Kerajaan (Kew-38), perbankan internet, slip yang dikeluarkan oleh mesin deposit cek, pindahan Rentas dan pindahan TT bersama maklumat kredit.

Tabung ini diwujudkan selepas pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 April lalu.

Sejumlah RM8.150 juta berjaya dikutip pada hari pertama dilancarkan dengan RM250,000 hasil sumbangan Ahli Dewan Negeri.


Pengarang :