AGENDANASIONAL

Kerajaan tidak pinggir Orang Asli, bantuan RM5 juta sudah diberi

SHAH ALAM, 9 APRIL: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan tidak memberikan bantuan kepada Orang Asli ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sudah memberi sumbangan fasa pertama berjumlah RM5 juta.

“Tidak ada peminggiran kepada masyarakat Orang Asli seperti yang ditohmahkan pihak tertentu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain bantuan fasa pertama, menurutnya sumbangan fasa kedua kepada masyarakat itu akan diberikan mulai esok melibatkan peruntukan RM6 juta kepada 55,000 ketua isi rumah.

Mengulas mengenai laporan bekalan makanan tidak sampai di media sosial, menteri kanan (kluster keselamatan) meminta rakyat melaporkan kepada pemimpin setempat.

“Kerajaan ini mempunyai struktrurnya, daripada atas sehingga ke akar umbi, di kampung ada ketua kampung, pemimpin masyarakat dan sebagainya.

“Jadi jika timbul isu berkaitan bekalan makanan diterima, sila mengadu kepada pemimpin masyarakat setempat di kampung dan daerah masing-masing,” katanya.


Pengarang :