Pasukan Petugas Kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah anjuran Kerajaan Selangor secara percuma di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes aktif stabil, Telok Panglima Garang kini zon hijau

SHAH ALAM, 30 APRIL: Telok Panglima Garang di daerah Kuala Langat menjadi mukim terbaharu di Selangor diisytihar zon hijau selepas mencatatkan sifar kes Covid-19 hari ini.

Perkembangan tersebut menjadikan 33 dari 56 mukim di negeri ini berstatus zon hijau, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

STFC berkata bilangan kes aktif di semua mukim di negeri ini juga berada dalam keadaan stabil.

“Hampir kesemua mukim di Selangor stabil dari segi kedudukan bilangan kes aktif mereka malah pada hari ini, Mukim Teluk Panglima Garang menjadi mukim yang ke-33 sebagai Zon Hijau. Tahniah di atas kejayaan pematuhan PKP warga sana,” tulisnya di Twitter.

Mengikut data dikongsi STFC, Hulu Langat kekal satu-satunya mukim zon merah dengan 45 kes aktif.

Selangor merekodkan 27 kes baharu Covid-19 hari ini tetapi 12 daripadanya melibatkan kes import melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Emeriah Arab Bersatu (UAE).


Pengarang :