ADNSELANGOR

Kes denggi meningkat, ADN Subang Jaya minta penduduk bersih rumah

SHAH ALAM, 1 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya menggesa penduduk membersihkan persekitaran rumah bagi mengatasi kes demam denggi yang semakin meningkat.

Michelle Ng Mei Sze berkata, memandangkan semua orang berada di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, mereka boleh menggunakan masa itu meninjau persekitaran di kediaman masing-masing.

“Demam denggi sama juga seperti penyakit Covid-19 kerana sehingga kini tidak ada vaksin,” tulisnya di Facebook.

Beliau turut memuat naik senarai lokasi panas denggi daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi tempoh 22 hingga 28 Mac lalu.

Antara kawasan tersebut ialah USJ 15, USJ 1, Taman Subang Mas, Batu Tiga, Taman Kinrara dan Taman Perindustrian Puchong dengan jumlah keseluruhan 316 kes.


Pengarang :