Pembantu perubatan memeriksa suhu badan pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes harian Covid-19 di Selangor turun, lebih baik banding semalam

SHAH ALAM, 4 APRIL: Selangor merekodkan 27 kes baharu jangkitan Covid-19, menurun berbanding semalam yang merekodkan 63 kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan di negeri ini, menjadikan angka korban kekal tujuh orang.

Dato’ Menteri Besar menggesa orang ramai terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Kes positif Covid-19 di Selangor hari ini menurun berbanding semalam. Kita boleh turunkan jumlah ini dengan mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengamalkan kebersihan di rumah,” kata Dato’ Seri
Amirudin Shari melalui Twitter malam ini.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor menyifatkan jumlah kes yang dicatatkan hari ini lebih baik berbanding semalam.

“Hari ini lebih baik berbanding semalam, jom turunkan lagi,” tulisnya di Twitter.

Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan 890 kes, angka tertinggi di Malaysia, diikuti Kuala Lumpur (595), Johor (422), Sarawak (246), Sabah (225), Negeri Sembilan (220) dan Perak (207).

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 57 orang dengan 150 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,483 kes.

Seramai 99 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi, sementara 915 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.


Pengarang :