AGENDANASIONAL

KKM bakal saring wakil rakyat, petugas sertai sidang Parlimen

SHAH ALAM, 27 APRIL: Semua wakil rakyat dan petugas yang menyertai sidang Parlimen pada 18 Mei ini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk.

Langkah itu sebahagian norma baharu bertujuan mengekang penularan wabak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bukan hanya di Parlimen, jika anda ke restoran atau institusi mana sekalipun akan ada ujian suhu badan, mesti amalkan jarak sosial dan jaga kebersihan.

“Itu yang kita sarankan termasuk tidak dibenar berjabat tangan. Itu adalah norma baharu yang harus diamalkan, tidak hanya untuk persidangan Dewan Rakyat tetapi semua mesti berlatih mengamalkannya,” jelasnya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dewan Rakyat bakal bersidang selama sehari pada 18 Mei ini selepas mengambil kita keadaan semasa, terutama usaha membendung pandemik Covid-19.


Pengarang :