Pakar perubatan dari China berada di negara ini bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menangani penularan jangkitan Covid-19. Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
AGENDANASIONAL

KKM: Pakar China datang kongsi pengalaman lawan Covid-19

SHAH ALAM, 19 APRIL: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kedatangan lapan pakar dari China bukan bertujuan membantu merawat tapi bagi mengadakan perbincangan berkaitan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata perbincangan tersebut adalah dari segi rawatan dan penyelidikan sama ada dari sudut positif atau pun negatif berkenaan penyakit itu di sana.

“Mungkin ada perkara yang mereka laksanakan tidak berjaya, jadi kita juga nak belajar perkara yang tidak berjaya supaya kita tidak mengulangi apa yang mereka laksanakan tapi tidak ada impak.

“Jadi dalam isu ini banyak perkara boleh kita bangkitkan dari segi perawatan pesakit contohnya di wad, Unit Rawatan Intensif (ICU) dan penyelidikan pendedahan teknik atau kaedah tertentu itu kita boleh bincang,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) semalam mengesahkan kedatangan pakar China dalam usaha menangani pandemik Covid-19.


Pengarang :