Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster Sendayan di pusat tahfiz rekod satu kematian Covid-19

SHAH ALAM, 15 APRIL: Satu kematian direkodkan dari kluster Sendayan, Negeri Sembilan iaitu kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan berkata kematian berkenaan berlaku di sebuah pusat tahfiz.

“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham setakat ini kluster baharu berkenaan merekodkan 39 positif Covid-19.

Semalam, beliau mengesahkan penularan Covid-19 di Sendayan membabitkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah syarikat dan satu keluarga terdiri daripada 11 individu.


Pengarang :