Hanya burung-burung kelihatan di luar bangunan kedai yang ditutup di bandar lama Jeddah pada 2 April 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Korban Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 29 orang

ISTANBUL, 5 APRIL: Seramai 29 orang di Arab Saudi meninggal dunia akibat Covid-19, dengan 2,179 kes direkodkan setakat ini, kata pegawai kesihatan pada Sabtu.

Empat lagi kematian baharu dicatatkan di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.

Sementara itu, sebanyak 140 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,179.

Berikutan itu, Arab Saudi mengenakan perintah berkurung di tujuh daerah di wilayah Jeddah, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Aktiviti keluar dan masuk ke daerah di wilayah Jeddah  juga dilarang.

– BERNAMA


Pengarang :