AGENDANASIONAL

Kota Kinabalu zon merah terbaharu Covid-19

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengklasifikasikan Kota Kinabalu sebagai zon merah terbaharu bagi jangkitan wabak Covid-19, sekali gus menjadi kawasan ke-28 dalam zon bahaya.
Menerusi Twitter, kementerian itu memaklumkan setakat 12 tengah hari semalam, ibu negeri Sabah mencatatkan sebanyak 42 kes positif virus berkenaan.

27 zon merah lain di Malaysia termasuk Lembah Pantai dengan kes tertinggi 592, Hulu Langat (446), Petaling (366), Seremban (288) dan Kuching (255).

Turut mencatatkan kes tinggi ialah Kluang dengan 221 kes positif, Johor Bahru (185), Klang (172), Kepong (148), Gombak (143), Kuantan (114), Kinta (93) serta Kota Bharu (90).

Jumlah keseluruhan kes positif setakat ini pula 5,182 orang dengan 110 kes baharu, manakala pesakit sembuh 2,766 orang.


Pengarang :