Orang ramai membeli barangan keperluan harian di kedai runcit Eka Barona ketika tinjauan di kawasan Pandan Jaya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Mac 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KP Kesihatan: Patuh PKP ‘vaksin’ lawan Covid-19

SHAH ALAM, 28 APRIL: Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan boleh menjadi vaksin bagi mengawal penularan Covid-19 di negara ini.

Walaupun perintah kawalan tersebut tidak boleh menghapuskan wabak sepenuhnya, namun penglibatan aktif rakyat penting untuk memerangi virus.

“Justeru, dua tindakan yang telah dan perlu terus diambil oleh rakyat adalah meneruskan amalan jarak sosial yang selamat dan menjaga tahap kebersihan diri,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

“Memandangkan masih belum ada vaksin untuk melawan jangkitan Covid-19, inilah amalan yang boleh
menjadi “vaksin” bagi membantu negara memerangi penularan jangkitan.”

Beliau berkata perjuangan menentang virus tersebut masih panjang dan usaha perlu diteruskan, malah norma kehidupan baharu perlu diterapkan ke semua peringkat.

Kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu bagi mengawal penularan Covid-19. Malaysia akan menempuh fasa keempat bermula esok sehingga 12 Mei.


Pengarang :