Orang ramai menggunakan topeng muka ketika keluar membeli barangan keperluan harian sebagai langkah keselamatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak Covid-19 di Pasaraya Tesco, Shah Alam pada 28 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KPDNHEP kompaun peniaga topeng mulut, hidung

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun RM142,000 kepada peniaga membabitkan penjualan topeng mulut dan hidung.

KPDNHEP dalam hantaran di Facebooknya berkata ia hasil daripada pemeriksaan ke atas 11,573 premis di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Kami menerima 315 jumlah aduan rasmi dan daripada jumlah itu sebanyak 32 kes dihasilkan.

“Jumlah nilai rampasan berjumlah RM451,473 membabitkan kompaun RM142,000,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, KPDNHEP menerusi e-aduan.kpdhnhep.gov.my menerima 1,065 aduan sejak 18 Mac sehingga semalam iaitu sebanyak 1,018 berkaitan harga manakala 47 mengenai bekalan barangan.

Aduan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 180088680, e-mel ke [email protected], aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (0388826088/6245) dan WhatsApp 0192794317.


Pengarang :